SINTOK 19 Sept – Permulaan Semester Kedua Sesi 2011/2012 bagi Kelab Komputer, Universiti Utara Malaysia (UUM) dimulai dengan meraikan sambutan Riang Ria Raya BIT yang bertempat di Kafe Botani, Dewan Kuliah Gugusan (DKG) 4, UUM. Sambutan yang dihadiri 80 orang ahli biasa, Ahli-ahli Majlis Tertinggi Kelab, dan Penasihat Kelab Komputer, Encik Farhan Mohsin memberikan peluang kepada pelajar untuk merapatkan lagi silaturahim yang terjalin selama ini. Kelainan pada sambutan raya Kelab Komputer ini adalah setiap pelajar digalakkan untuk membawa kuih raya dan dikongsi bersama. Acara ini ditamatkan pada pukul 6 petang.




0 comments:
Post a Comment