Monday, October 17, 2011

Mentor Mentee: Sesi ramah mesra bersama pelajar baru Ijazah Sarjana Teknologi Maklumat bersama pelajar senior


SINTOK 27 Sept – Kehadiran pelajar semester baru di Universiti Utara Malaysia (UUM) menjadi penantian yang cukup bermakna buat pelajar       semester tiga hingga enam Jurusan Teknologi    Maklumat (IT), apabila penantian itu diakhiri dengan pelancaran majlis Mentor Mentee hari ini.
Majlis yang dilangsungkan di Dewan Seminar Kolej Sastera dan Sains (CAS) itu menyaksikan kehadiran  Timbalan Dekan Pembangunan Pelajar & Alumni CAS, Dr. Massudi Mahmuddin sebagai perasmi, dan Mohamad Amiruddin Mohamad Ghouse selaku wakil Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UUM.
Majlis yang bermula pada pukul 2 petang dan      berakhir pada 5 petang ini membawa motif tersendiri iaitu untuk merapatkan jurang diantara setiap pelajar, selain daripada mempertingkatkan  lagi keputusan  pelajaran setiap pelajar IT tersebut.

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More